Hari ini sambutan Malidur Rasul diadakan seperti tahun-tahun lepas. Perarakan sejauh lebih kurang 3 kilometer sungguh tidak terasa kerana keseronokan bersama para pelajar serta rakan-rakan berjalan sambil berselawat.Kemeriahan suasana diiringi dengan sepanduk serta bunga manggar.Selain sekolah-sekolah berdekatan yang menyertai, surau-surau sekitarnya juga turut serta.

Hujan turun membasahi bumi selepas beberapa minit kami berjalan. Hujan yang rintik-rintik mula turun dengan lebatnya.Kami berjalan dalam hujan dan seluruh badan dibasahi dengan titisan hujan.Namun keinginan untuk terus berjalan menuju masjid kami harungi dengan tabah.Peristiwa yang mengagumkan ialah kanak-kanak juga tidak berganjak dari meneruskan perjalanan.

Selepas berarak, kami mendengar ceramah.Namun kerana tiada speaker di ruang legar luar,kami kaum perempuan tidak dapat mendengar dengan jelas ceramah yang disampaikan.Tambahan pula suasana keriangan dan gelagat kanak-kanak telah menenggelamkan suara penceramah.Walaupun begitu, kami tetap setia duduk dan mendengar.

Selesai ceramah,kami dihidangkan sedulang makanan yang dimakan secara berjemaah.Satu dulang dimakan bersama empat hingga lima orang.Kami bersurai lebih kurang jam 12 lebih.Kesimpulannya bukan sahaja menjalankan ibadat namun dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid,guru dan guru , guru dan pengetua serta guru dan ibu bapa.

No comments:
Post a Comment