Saturday, March 7, 2009

PERHIMPUNAN ISNIN





Pada pagi itu, kami berhimpun seperti biasa.Kami menyanyi, berikrar dan mendengar laporan bertugas guru.Tanpa disangka rupanya ada ceramah nyamuk aedes.Wakil dari Majlis Perbandaran menerangkan tentang kehidupan nyamuk yang membawa kepada demam denggi. Di Ampang sahaja terdapat 20 kes.Salah satu kes ialah sahabat saya yang tinggal di Ampang Indah. Suami isteri menderita demam sehingga disyaki demam denggi.Beberapa hari asyik berulang ke hospital.Mujurlah tidak perlu tinggal di sana.Menurut beliau penderitaannya sangat berbeza dari demam biasa.Alhamdullilah semuanya kembali sihat.



Nyamuk membiak di air yang tenang, dan bertakung. Oleh itu jangan ambil ringan terhadap pembiakan nyamuk.Selain itu, wakil tersebut sempat membuat lawak. Menurut beliau nyamuk tiada gigi.Oleh itu jangan kata digigit nyamuk tapi dicucuk nyamuk.Pihak majlis perbandaran turut mengadakan pameran.Banyak info yang kami peroleh.Terima kasih kerana hadir di sekolah kami dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberikan kesedaran kepada kami.


No comments:


 
Dear Diary Blogger Template