
Tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM pada 12 Mac 2008.Pelajar-pelajar yang telah berjaya teruskan perjuangan untuk terus maju manakala bagi yang menerima keputusan yang kurang memberangsangkan jangan berputus asa. Jadikan pengajaran yang lalu untuk bangkit agar berjaya pada masa hadapan.Pelajar-pelajar 5 sc/sk , cikgu ucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya mendapat A1 dan A2 bagi mata pelajaran SEJARAH.Ucapan terima kasih dari kalian membuatkan cikgu terharu dan bangga.Berkat usaha kita bersama maka kejayaan yang kalian terima.Semalam hingga hari ini cikgu bukan sahaja menerima ucapan terima kasih namun tahniah dari rakan-rakan seperjuangan.Bagi pelajar-pelajar 5 PD pula, target lulus 50 peratus telah mencapai sasaran.Tanpa diduga lima orang pelajar mendapat kepujian dalam mata pelajaran SEJARAH amat menggembirakan cikgu....SYUKUR dan ALHAMDULLILLAH.
6 comments:
TAHNIAH KERANA BERJAYA MENINGKATKAN KEPUTUSAN SEJARAH, TERUSKAN PERJUANGAN
TAHNIAH KERANA BERJAYA MENINGKATKAN KEPUTUSAN SEJARAH, TERUSKAN PERJUANGAN
SELAMAT BECUTI
congrats cikgu!!!
saya pown bangga jadi anak murid cikgu!!!!cikgu the best!!!
cikgu,salah tarikh tuu.btw,sye nk amik kesempatan ini utk mgucapkn TAHNIAHTAHNIAHTAHNIAH kpd mereka yg tlah mmbanggakan nama sekolah kita.wakakakakakaka.taun nii,sye plak..wuuu,seramnye!!!
aku spm 2006..huhu.....memang spm 2006 paling terok sekali..mentang2 last batch gune bahasa malaysia dlm sains dan matematik....
Post a Comment