Tuesday, December 30, 2008

PERCUTIAN SEPANJANG 2008




PULAU PANGKOR

26 DIS 2008





























psgn suami isteri yg ideal.




















Pulau pangkor merupakan destinasi yang menutup tirai 2008. Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Pangkor.Percutian ini yang paling menggembirakan.Di usia 40-an baru pertama kali hatiku tergerak untuk menaiki banana bot bagi tour sekeliling pulau yang terdapat di sana.Pulau-pulau dengan gelaran `monkey bay', pulau yang terkenal dengan snorkelling.Tour ini juga dapat menilai betapa tingginya ciptaan Tuhan iaitu pulau yang berbentuk ikan paus, penyu dan paparan keindahan alam.Betul bak pepatah' jauh perjalanan luas pandangan', kita dapat menambah ilmu dan pengalaman melalui percutian.Selain itu kami juga menjelajah di sekitar pulau pangkor.Pulau yang diselubungi dengan suasana kampung.Jelas dapat dilihat kehidupan nelayan, perusahaan membina perahu, dan perusahaan kecil mempelbagaikan hasil lautan.Pada mulanya aku meragui kebersihan makanan seperti sotong salai,sate ikan dan sate ikan(cucuk) walaupun terdapat tanda halal pada bungkusan makanan.Namun aku telah menemui jawapan kepada tanda tanya keraguan itu.Pekerja-pekerja industri tersebut terdiri daripada orang-orang Melayu dan diberi kursus oleh kerajaan agar terjamin perusahaan itu...Kami teruskan perjalanan ke Kota Belanda , sebuah kota sejarah. Pihak Belanda telah menyimpan timah di kawasan kota itu...Timah dan kota hanya tinggal kenangan dan catatan sejarah..Percutian ini akanku abdikan dalam diari hidupku.Lembaran baru akanku jelajahi ke destinasi yang lain....CUTI-CUTI MALAYSIA.












3 comments:

TeVaN said...

waah..
bex cuti..
hehe..:)

azieramly said...

cuti untuk merilekskan minda..

Marzuqi said...

wah...
cuti2 malaysia...
best nye...
:D


 
Dear Diary Blogger Template