SUMBER PERPUSTAKAAN NEGARA
TAJUK BUKU: GURU YANG KREATIF
OLEH: LEONARD M.S YONG & KAREN L. BIRAIMAH
PENERBIT: ARENABUKU SDN BHD. (1996)
Kita sering merasakan kreativiti merupakan milik individu yang tertentu.Namun beberapa kajian menunjukkan manusia boleh merangsang kebolehan kreativiti mereka . Dalam sebuah buku Grossman, Rodgers dan Moore(1984) mencadangkan terdapat lapan prinsip kreativiti:
semua insan kreatif
kreatif mengurangkan risiko
seseorang tidak hidup kepada data sahaja
satu gambar bernilai daripada seribu makna
tiada tujuan tidak boleh dicapai dan tiada masalah tidak boleh diselesai
minda separa sedar adalah rakan sekerja sepenuh masa dalam proses kreativiti
pemikiran kreatif menunjukkan situasi menang-menang
Davis (1986) menyenaraikan ciri-ciri insan kreatif sebagai :
menyedari kelebihan kreativiti mereka
menyukai pembaharuan
berdikari
yakin pada diri sendiri
suka mengambil risiko
bertenaga tinggi
penuh bersemangat
bertindak secara spontan
suka mengharungi bahaya dan cabaran
melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
sifat ingin tahu yang kuat
orang yang penuh dengan minat
pelawak
suka bersenda dan berperangai seperti kanak-kanak
mempunyai kemahiran dan citarasa yang baik dalam seni
bersifat idealisme
suka termenung
Bukan semua insan yang kreatif perlu mempunyai kesemua sifat yang dinyatakan di atas.
Saya kreatif .......Bagaimana anda?????
Kemahiran -kemahiran pemikiran kreatif pula ialah:
ANALOGI
SUMBANGSARAN
PEMIKIRAN ASOSIATIF
PENYENARAIAN SIFAT-SIFAT
PERKAITAN PAKSAAN
IMEJERI
Seseorang itu dapat berfikir tentang yang aneh menjadi biasa manakala yang biasa itu pelik.selain itu insan yang kreatif dapat mengaitkan perhubungan antara peristiwa-peristiwa , idea-idea dan konsep.Mereka dapat memikirkan idea-idea baru dan membaiki sesuatu sifat itu.Sehinggakan perhubungan yang tiada kaitan namun digabungkan membentuk satu idea baru.......pelik.......tapi benar......kerusi dan roda merupakan alat yang berbeza tetapi apabila digabungkan menjadi alat penting untuk insan OKU.....kerusi roda.Insan yang kreatif juga dapat melahirkan imaginasi mengenai perasaan, peristiwa, simbol atau bunyi....eheem bukan berangan tau...kalau berangan banyak nanti jatuh seperti angan-angan Mat Jenin!
Nak tau siapa lebih kreatif antara lelaki atau perempuan? Kalau berminat bacalah buku ni. anda akan peroleh ilmu yang tiada tandingannya. Jadilah insan yang KREATIF.
No comments:
Post a Comment