Monday, April 12, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS DI KUALA TERENGGANU


Majlis Guru Cemerlang Daerah Sepang telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMKA Sheikh Abdul Malik dan SK Beladau Kolam pada 6 hingga 8 April baru-baru ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih.Kami bertolak pada pukul 2.00 ptg dan tiba pada pukul 10 mlm di Trisya Homestay.Tempat tinggal yang sungguh selesa. Lawatan ini memberi ruang kepada kami untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.


Keesokannya kami ke SMKA Sheikh Abdul Malik untuk berkongsi ilmu tentang kejayaan gemilang sekolah tersebut.Antara salah satu daripada faktor kejayaannya ialah permuafakatan serta komitmen yang tinggi oleh semua warga sekolah.Manakala rahsia kejayaan SK Beladau Kolam pula ialah guru besar akan memastikan keberkesanan program yang telah dilaksanakan.Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kejayaan kedua-dua sekolah ini adalah kerana tonggak utama telah turun padang dan bersama-sama menggembeleng tenaga demi kejayaan sekolah hingga mencapai tempat teratas di peringkat kebangsaan.


Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat Taman Tamadun Islam , Pasar Payang dan sekitar bandar Kuala Terengganu .Kami juga dapat menikmati makanan yang dipanggil ICT(ikan celup tepung), makanan tradisional iaitu nasi dagang,nasi kuning,kayu keramat dan lain-lain lagi.



Ucapan terima kasih kepada pengelola lawatan kerana telah melaksanakan lawatan ini dengan baik sekali,tambahan pula bayaran makanan serta tambang feri telah mendapat tajaan.Selain menambah ilmu GC dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain.




2 comments:

Cg Mat Noor said...

bestnya jadi guru cemerlang.bila la nak dpt guru cemerlang ni

azieramly said...

insyALLAH, kalu mohon,bila2 leh dpt.cuma guru ni bnyk yg tak minat nak mohn dgn anggapan malas lah, tak cemerlanglah..tp sebenarnya bak kata org KPM, kita seperti guru biasa,mengajar mcm biasa cuma presatsi kerja je tu yg lebih sikit...bangsa lain berebut2 utk mohon...so cg nor, silakan,semoga sukses...


 
Dear Diary Blogger Template