Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke 25 & Hari Anugerah Kecemerlangan


Sabtu bersamaan 27 Mac 2010, Majlis Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan.Kemeriahan dgn kehadiran para ibu bapa pada waktu pagi ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan.Kejayaan seorang pelajar di sekolah ini sungguh membanggakan dgn keputusan SPM 11 A. Begitu juga dengan kecemerlangan para guru yang berjaya mengekalkan prestasi dengan mendapat 100 % seperti mata pelajaran elektif iaitu bio , seni, perdagangan, dan ada beberapa mata pelajaran lain yg mendapat peningkatan prestasinya.Tahniah..diucapkan.



Kehadiran mula reda setelah majlis anugerah selesai.Ibu bapa yg meraikan kejayaan anaknya telah pulang dgn gembira sehingga lupa akan tanggungjawab utk terus memberi sokongan kpd sek utk duduk seketika bagi memeriahkan pula majlis Mesyuarat Agung PIBG.Tempat duduk yg kosong pada waktu itu terpaksa dipenuhi oleh guru-guru.Suasana ini mengingatkan kembali ketika MAPIBG di Seminda.Semuanya serupa dan sama ,cuma di Seminda ,debatnya agak panas namun di sini semuanya bergerak lancar tiada yg lancang.Oleh kerana sejuk shj perbincangannya maka majlis berakhir kira-kira jam 12.

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template