Percutian kali ini ialah di A'Famosa Resort Melaka.Lokasinya ialah di Simpang Ampat.Selepas perjalanan di Lebuh raya MRR2 , Exit ke Simpang Ampat.Melaka merupakan kampung halaman suami namun resort ini merupakan pertama kali kami kunjungi. Pada asalnya percutian dirancang oleh teman-teman sekolah. Namun akhirnya mereka menarik diri maka saya meneruskan percutian ini.

Banglo empat bilik ini dilengkapi dengan kolam mandi.Kedudukannya jauh dari jalan utama.Kawasan di sini sungguh luas.Sebelum tiba di Villa, tempat penginapan lain iaitu hotel dan kondominium juga ada di sini.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan iaitu memanah, go-kart, memancing serta terdapat Safari World, Wet World dan Cowboy Town.Bayaran dikenakan bagi setiap kemasukan ke tempat tersebut.

Kami tidak sempat untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut kerana berada di villa itu juga sudah cukup seronok. Anak-anak mandi di kolam sebelum terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari.Kami dapat merasakan kehidupan mewah buat seketika.

Hari kedua kami telah ke Bandar Hilir, untuk melaksanakan tugasan sejarah anakanda saya iaitu membuat folio sejarah bangunan.Pilihan bangunan ialah STADTHYS iaitu Kediaman Gabenor Belanda dan pusat pemerintahannya.Kini menjadi muzium Ethnografi & muzium Sejarah.

Kemudian kami mengambil kesempatan untuk menaiki cruise Melaka. Ramai pelancong asing turut serta menaiki cruise.Bayaran untuk dewasa ialah RM 10 dan kanak di bawah umur 12 tahun Rm 5. Sepanjang perjalanan kelihatan kampung-kampung Melayu dan sekitar bandar Melaka.Menaiki Cruise lebih menarik pemandangannya pada waktu malam. Lampu-lampu yang menarik dan berwarna-warni.

Kesimpulannya ialah selain merehatkan minda ,mengeratkan silaturahim malah tugasan mengenali bandar bersejarah juga dapat dilaksanakan.Bukan sahaja tempat yang menarik malah makanan di negeri ini juga enak...Terkilan kerana tidak dapat mengunjungi cowboy town kerana kesuntukan masa.Cowboy town hanya ada persembahan pada waktu malam.Insyaalah lain kali kami akan ke sana lagi....

6 comments:
wah best nye g Melaka!
x ajak pon...
hehehe...
:D
cuti sakan yang lupa ada perjumpaan persatuan bm hari khamis tu...nasib baik shanaz call...tq kerna bagi support.
bestnya cuti kat melaka. Bila lagi nak pergi.Bila nak buat BBQ lagi,hehehe
cuti memang hobi kami sekeluarga.cikgu mat nor bagi lampu hijau, kami pun 'on' aje....cikgu mat nor tu yang busy sokmo.
ntah cikgu..dah x betul kowt bende tue..nanti sy betulkan blk..
wah!!bestnyew cikgu gie holiday!!!cuti2 malaysia!!
Salam...
Saya lebih suka berehat di sekitar Jonker Street. Tempatnya lebih klasik, makanan tradisionalnya sungguh original, suasana seakan-akan berada di zaman melaka. Kadar sewa guest house hanya sekitar RM20-40...
Post a Comment