Banyak kenangan indah yang dilalui sukar dilupakan. Kehidupan sebagai warga seminda penuh dengan suka dan duka. Namun kesukaan dan kedukaan diharungi bersama nakhoda dan anak-anak kapalnya.
Tugas dan tanggugjawab telah dilaksanakan dengan jayanya kerana bantuan rakan-rakan seperjuangan. Ranjau dan duri ditempuhi sehingga berjaya dengan cemerlang juga kerana sokongan ketua serta rakan-rakan.
Keakraban kami bukan sekadar rakan namun lebih daripada itu. Ikatan silaturahim sungguh kuat sehingga dapat mengerjakan umrah, kembara ke Sabah serta bercuti apabila ada ruang untuk kami bersama.
DI HOTEL IMPIANA, KUALA LUMPUR. TQ. MAKANAN YANG HEBAT.
Tugas dan tanggugjawab telah dilaksanakan dengan jayanya kerana bantuan rakan-rakan seperjuangan. Ranjau dan duri ditempuhi sehingga berjaya dengan cemerlang juga kerana sokongan ketua serta rakan-rakan.
Keakraban kami bukan sekadar rakan namun lebih daripada itu. Ikatan silaturahim sungguh kuat sehingga dapat mengerjakan umrah, kembara ke Sabah serta bercuti apabila ada ruang untuk kami bersama.

BERSAMA SARAS(WAKIL KELAB GURU & STAF SEK)

Setelah selama 10 tahun, pelayaran ini berhenti di sini, aku harus meneruskan pelayaran ini ke destinasi yang lain sebelum ianya tamat.

Pemergianku pada hari terakhir telah membuatku sungguh terharu. Cenderahati yang diterima akan terus tersemat di dada. Namun yang paling utama adalah kasih sayang, penghargaan, serta tergambar wajah kejujuran rakan-rakan. Terima Kasih kepada anak-anak kapal seminda daripada pelbagai bidang iaitu Panitia Agama, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik & Sains, Teknik & Vokasional serta Badan Kebajikan Kelab Guru dan Kakitangan. Kehadiran kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.....Insyaallah panjang umur bertemu lagi.

BERSAMA AISHAH & YAYA,...TQ ...
INDGRID,LIHAN, KHAIRIAH,HAIRY,WAHIDA,AMANI,
DR HABSAH(PANITIA INGGERIS)

Pemergianku pada hari terakhir telah membuatku sungguh terharu. Cenderahati yang diterima akan terus tersemat di dada. Namun yang paling utama adalah kasih sayang, penghargaan, serta tergambar wajah kejujuran rakan-rakan. Terima Kasih kepada anak-anak kapal seminda daripada pelbagai bidang iaitu Panitia Agama, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik & Sains, Teknik & Vokasional serta Badan Kebajikan Kelab Guru dan Kakitangan. Kehadiran kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.....Insyaallah panjang umur bertemu lagi.

SYUKRAN....USTAZ KAMARULEZAD, USTAZAH NURZARINA, ZA , SU, ROSE,NA, ZARINA, ANISAH , ASRAH , LIA & ITA.
Makan pulut berkuah durian, Sedap dimakan ketika hangat,
Persahabatan kita dilupa jangan,
Moga berkekalan dunia akhirat.
Nukilan ; Ustaz Kamarul Ezad..
4 comments:
cikgu. terima kasih juga kerana mengajar saya selama dua tahu saya di SEMINDA, memang terlalu banyak kenangan bersama cikgu. datang beraya di rumah. alhamdulillah, saya cuba mengamalkan segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya. insya Allah.
with love,
Nurshafiqa Azleen
5PA3. '06 dan '07.
alhamdullilah...shafiqa, semoga sukse jua dlm segala lapangan

شركة مكافحة حشرات بعنك
شركة رش مبيدات بالنعيرية
Post a Comment