

GURU-GURU SEMINDA
Perasmian sistem merit demerit dilaksanakan pada hari Isnin bersamaan 19 Januari 2009. Acara perasmian dilakukan oleh Puan Pengetua dan dihadiri oleh wakil dari PIBG iaitu Tn Hj Jalil sebagai NYDP. Sistem merit merupakan sistem yang menggunakan markah /point yang diberi kepada para pelajar yang melakukan kesalahan, manakala demerit pula markah/point bagi pelajar yang melakukan kebaikan untuk menebus kesalahan. Pada hari itu nama-nama pelajar yang tinggi merit nya telah dibacakan di tapak perhimpunan. Ada yang berasa gentar, ada pula yang egonya tinggi dan tak rasa apa-apa.Mereka merasakan tiada tindakan terhadap kesalahan yang telah dilakukan,maka situasi atau budaya ponteng masih berlaku. Pada hari yang sama , walaupun nama telah disebut semasa perhimpunan rasmi namun kesalahan ponteng masih dilakukan oleh mereka. Melepak di tempat letak motosikal pada waktu kelas, setelah dihalau oleh pengawas masih tak makan saman. Guru terpaksa mendekati pelajar-pelajar itu barulah mereka berundur.malah pelajar - pelajar itu terus menggugut pulak pengawa yang tidak berdosa itu.Selama mana agaknya budaya ini akan berterusan. namun jika ada sokongan daripada pentadbir, guru, dan yang paling penting keluarga pelajar-pelajar maka segala masalah sudah tentu dapat diselesaikan.Harap yang terbaik untuk sekolah.....
1 comment:
erm..erm..
bgos la kalo ade tindakan..
na seminda yg lme yg dak2 smua bex2
n kes pun kurg..
tp smakin ubh..:(
Post a Comment