

HOTEL KATERINA
BATU PAHAT, JOHOR


Dari Port Dicksan kami meneruskan destinasi ke Batu Pahat pada 25 Januari bersamaan hari Ahad. Destinasi yang tidak berapa popular dalam kalangan kita namun tanpa disangka, biliknya penuh gila.Kami ke sana bukan sahaja untuk rileks kan minda tetapi menziarahi sahabat lama di Rengit.Berbalik kepada cerita di Hotel Katerina,dari kaca mata saya didapati warga cina yang dahulunya berkumpul bersama keluarga di rumah untuk menyambut makan malam besar kini disambut di hotel.Itu lah salah satu sebab semua hotel penuh dengan tempahan.Zaman dah maju, dunia dah berubah...
RENGIT, BATU PAHAT
JOHOR




Percutian pada kali sungguh bermakna. Sahabat rapat yang lebih kurang 5 tahun tidak berjumpa kini bertemu. Hilang rasa rindu terhadap mereka. Sahabat ini dijalin semasa saya berkhidmat di Kelantan.Mereka merupakan salah sebuah keluarga yang boleh dipanggil teman sejati. teman diwaktu kami sedih, susah dan gembira.Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila saya kehilangan ibu kerana pulang ke Rahmatullah, maka isteri Cikgu adnan lah orangnya yang memelihara anak saya seperti anaknya sendiri sepanjang saya bertugas. Umur anak saya yang kedua ketika itu ialah 1 tahun 1/2.Kasih sayang yang dicurahkan sehingga anak saya memanggilnya `ibu'. Selang beberapa tahun saya dapat bertukar semula ke tempat kelahiran saya di Ampang. Maka Cg adnan juga yang mengiringi lori barang dari Kota Bharu ke KL.Beliau rela naik bas pada keesokan harinya untuk pulang ke KB.
Saya merasa sedih, kerana cg adnan kini tidak berapa sihat. Bukan penyakit luaran tetapi dalaman. Orangnya baik rupa dan berhati mulia.Kami akan sentiasa doakan beliau agar kesihatannya kembali pulih dan boleh mengajar semula dengan baik. Beliau juga pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang semasa di Kelantan....
Jadilah insan :
ADA RUPA ,BAIK HATI,
TIADA RUPA ,BAIK HATI.
jangan jadi insan seperti :
ADA RUPA ,HATI TIDAK BAIK
TIADA RUPA , HATI PUN TIDAK BAIK
TIADA RUPA ,BAIK HATI.
jangan jadi insan seperti :
TIADA RUPA , HATI PUN TIDAK BAIK
8 comments:
t'haru sy bc yg laz2..
erm..semoga kesihatannya kembali pulih dan boleh mengajar semula dengan baik...:)..
n btol2..
dunia b'sama manusia sedang b'ubh..
:))..
t'haru sy bc yg laz2..
erm..semoga kesihatannya kembali pulih dan boleh mengajar semula dengan baik...:)..
n btol2..
dunia b'sama manusia sedang b'ubh..
:))..
t'haru sy bc yg laz2..
erm..semoga kesihatannya kembali pulih dan boleh mengajar semula dengan baik...:)..
n btol2..
dunia b'sama manusia sedang b'ubh..
:))..
t'haru sy bc yg laz2..
erm..semoga kesihatannya kembali pulih dan boleh mengajar semula dengan baik...:)..
n btol2..
dunia b'sama manusia sedang b'ubh..
:))..
wah,best gile cikgu cuti2..
dpt jumpe kawan lama lg.
apepun slamat tahun bru cina!!
umm,bestnya holiday cikgu:)
saya balik kampung je.
itu pun sekejap,tak dapat nak puaskan hati:D
susah nak dapat kawan yang sentiasa ada time susah,sedih dan gembira.
cikgu lucky dapat kawan mcm cg adnan:)
to alya,
insyaallah ,jika alya baik, tuhan kan kurniakan kita sahabat yg baik juge.kita perlu berdoa agar mendapat shabat yang baik.
wah best nampak cuti2 malaysia...
semoga kesihatan kawan cikgu tu semakin pulih...
:D
Post a Comment