Monday, April 12, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS DI KUALA TERENGGANU


Majlis Guru Cemerlang Daerah Sepang telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMKA Sheikh Abdul Malik dan SK Beladau Kolam pada 6 hingga 8 April baru-baru ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih.Kami bertolak pada pukul 2.00 ptg dan tiba pada pukul 10 mlm di Trisya Homestay.Tempat tinggal yang sungguh selesa. Lawatan ini memberi ruang kepada kami untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.


Keesokannya kami ke SMKA Sheikh Abdul Malik untuk berkongsi ilmu tentang kejayaan gemilang sekolah tersebut.Antara salah satu daripada faktor kejayaannya ialah permuafakatan serta komitmen yang tinggi oleh semua warga sekolah.Manakala rahsia kejayaan SK Beladau Kolam pula ialah guru besar akan memastikan keberkesanan program yang telah dilaksanakan.Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kejayaan kedua-dua sekolah ini adalah kerana tonggak utama telah turun padang dan bersama-sama menggembeleng tenaga demi kejayaan sekolah hingga mencapai tempat teratas di peringkat kebangsaan.


Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat Taman Tamadun Islam , Pasar Payang dan sekitar bandar Kuala Terengganu .Kami juga dapat menikmati makanan yang dipanggil ICT(ikan celup tepung), makanan tradisional iaitu nasi dagang,nasi kuning,kayu keramat dan lain-lain lagi.



Ucapan terima kasih kepada pengelola lawatan kerana telah melaksanakan lawatan ini dengan baik sekali,tambahan pula bayaran makanan serta tambang feri telah mendapat tajaan.Selain menambah ilmu GC dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain.




Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke 25 & Hari Anugerah Kecemerlangan


Sabtu bersamaan 27 Mac 2010, Majlis Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan.Kemeriahan dgn kehadiran para ibu bapa pada waktu pagi ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan.Kejayaan seorang pelajar di sekolah ini sungguh membanggakan dgn keputusan SPM 11 A. Begitu juga dengan kecemerlangan para guru yang berjaya mengekalkan prestasi dengan mendapat 100 % seperti mata pelajaran elektif iaitu bio , seni, perdagangan, dan ada beberapa mata pelajaran lain yg mendapat peningkatan prestasinya.Tahniah..diucapkan.



Kehadiran mula reda setelah majlis anugerah selesai.Ibu bapa yg meraikan kejayaan anaknya telah pulang dgn gembira sehingga lupa akan tanggungjawab utk terus memberi sokongan kpd sek utk duduk seketika bagi memeriahkan pula majlis Mesyuarat Agung PIBG.Tempat duduk yg kosong pada waktu itu terpaksa dipenuhi oleh guru-guru.Suasana ini mengingatkan kembali ketika MAPIBG di Seminda.Semuanya serupa dan sama ,cuma di Seminda ,debatnya agak panas namun di sini semuanya bergerak lancar tiada yg lancang.Oleh kerana sejuk shj perbincangannya maka majlis berakhir kira-kira jam 12.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru

Majlis Guru Cemerlang Daerah Sepang telah mengadakan kursus peningkatan profesionalisme guru. Tajuk kursus ialah Standard Guru Malaysia.Intipati kursus tersebut adalah :
1. Amalan nilai profesional keguruan
a) domain diri
b) domain profesion
c) domain sosial

2. Pengetahuan dan Kefahaman
a) pengkhususan
b) ilmu pendidikan
c) kurikulum
d) kokurikulum

3. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
a) pendekatan,kaedah ,teknik
b) kemahiran belajar, ICT,mentaksir & menilai
c) komunikasi
d) kemahiran pemudah cara

Kursus disampaikan oleh En. Sailan Misran dari PPD Sepang. Jika guru-guru ingin menguji sejauhmana satndard guru maka bolehlah melayari Laman Web KPM- BPG, Standard Guru Malaysia(uji diri dalam kompetensi)






Saturday, March 13, 2010

DUNIA BARU DI SMKSS

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SIRI 1(SEJ)


Smkss telah menjadi sebahagian daripada dunia baru hidupku.Kehadiranku diterima dengan baik dari warga sek itu. Bagiku penerimaan ini merupakan sesuatu yang positif bagi permulaan hidup dalam dunia pendidikan ini.

Seminda masih segar dalam fikiran ini, maklumlah dah 10 tahun sebatinya dalam diri ini.Di sini satu era baru bermula.Budaya dan cara banyak yang berbeza namun semuanya diterima secara positif.Seperkara yang perlu diingat ialah setiap langkahku perlu membawa erti yang bermakna.
HARI SUKAN SEKOLAH
MERENTAS DESA


MESYUARAT AGUNG PERSATUAN

Sunday, December 6, 2009

KENANGAN BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEMINDA













Friday, November 20, 2009

MEMORI INDAH DI SEMINDA

Bermulanya pelayaran di sebuah kapal pada tahun 1999 berpenghuni insan mulia seramai 16-18 orang pada mulanya. Kini penghuni semakin bertambah.
Banyak kenangan indah yang dilalui sukar dilupakan. Kehidupan sebagai warga seminda penuh dengan suka dan duka. Namun kesukaan dan kedukaan diharungi bersama nakhoda dan anak-anak kapalnya.


JAMUAN PERPISAHAN SEKETIKA BERSAMA TEMAN-TEMAN
DI HOTEL IMPIANA, KUALA LUMPUR. TQ. MAKANAN YANG HEBAT.

THANX..ZU,ZAN.TA,LIA,WAN,NIK,NON,NAN..

BERSAMA ROSHITA


Tugas dan tanggugjawab telah dilaksanakan dengan jayanya kerana bantuan rakan-rakan seperjuangan. Ranjau dan duri ditempuhi sehingga berjaya dengan cemerlang juga kerana sokongan ketua serta rakan-rakan.


BERSAMA ADIK-ADIK KECIK


BERSAMA KP MORAL(PAH BEDAH)

Keakraban kami bukan sekadar rakan namun lebih daripada itu. Ikatan silaturahim sungguh kuat sehingga dapat mengerjakan umrah, kembara ke Sabah serta bercuti apabila ada ruang untuk kami bersama.


BERSAMA USTAZAH NURZARINA(WAKIL PANITIA AGAMA)

BERSAMA SARAS(WAKIL KELAB GURU & STAF SEK)

Setelah selama 10 tahun, pelayaran ini berhenti di sini, aku harus meneruskan pelayaran ini ke destinasi yang lain sebelum ianya tamat.




BERSAMA AISHAH & YAYA,...TQ ...
INDGRID,LIHAN, KHAIRIAH,HAIRY,WAHIDA,AMANI,
DR HABSAH(PANITIA INGGERIS)



Pemergianku pada hari terakhir telah membuatku sungguh terharu. Cenderahati yang diterima akan terus tersemat di dada. Namun yang paling utama adalah kasih sayang, penghargaan, serta tergambar wajah kejujuran rakan-rakan. Terima Kasih kepada anak-anak kapal seminda daripada pelbagai bidang iaitu Panitia Agama, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik & Sains, Teknik & Vokasional serta Badan Kebajikan Kelab Guru dan Kakitangan. Kehadiran kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.....Insyaallah panjang umur bertemu lagi.



SYUKRAN....USTAZ KAMARULEZAD, USTAZAH NURZARINA, ZA , SU, ROSE,NA, ZARINA, ANISAH , ASRAH , LIA & ITA.


Makan pulut berkuah durian,
Sedap dimakan ketika hangat,
Persahabatan kita dilupa jangan,
Moga berkekalan dunia akhirat.

Nukilan ; Ustaz Kamarul Ezad..

 
Dear Diary Blogger Template