Sunday, September 27, 2009

SALAM LEBARAN 2009



Salam lebaran bagi muslimin dan muslimat.Lebaran bagi tahun ini sungguh bermakna bagi kami sekeluarga.Kunjungan bukan sahaja dari kaum kerabat, malah yang paling menggembirakan, ex- student turut menziarahi gurunya. Walaupun berpindah jauh namun mereka sudi datang, dan menceriakan suasana hari lebaran. Kehadiran dari dua kumpulan berjumlah 15 orang dalam satu kumpulan, iaitu calon spm 2004 dan 2007, menunjukkan bahawa seorang guru masih dalam ingatan mereka. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila salah seorang daripada mereka telah berkhidmat sebagai juruterbang MAS, telah memberi duit raya kepada saya, serta membawa buah tangan iaitu kek 'Secret Resepi' serta ayam dari Rasa MAS. Saya berasa sungguh terharu pada ketika itu. Hilang rasa penat mendidik, malah bangga dengan remaja yang masih menghargai jasa gurunya. Syabas dan Tahniah, semoga semua pelajar akan turut menghargai jasa guru anda di hari yang mulia ini. Kehadiran serta ucapan sudah memadai bagi menunjukkan kasih sayang anda kepada seorang guru

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template