Thursday, June 18, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Pada 30 Mei saya dan keluarga telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah. Keindahan menikmati kebesaran ESA tidak dapat dinyatakan atau digambarkan.Hanya individu yang berada di sana dapat merasainya.Kenangan ketika di sana hingga kini tidak dapat kami lupakan.Walaupun persekitaran di sana penuh dengan debu kerana dalam pembinaan serta cahaya suria yang memancar tanpa lelahnya namun kami tidak jemu untuk terus berada di Masjidil Haram.


Gambar ini dirakamkan ketika berada di pintu utama Masjidil Haram.

Situasi setiap hari perjalanan dari tempat penginapan ke masjid.Kelihatan di sebelah kiri gambar merupakan kawasan pembinaan yang penuh dengan batu-batu besar.

Gambar ini dirakamkan ketika saya dan keluarga serta sahabat baru sahaja menamatkan ibadah umrah.Selepas saei dan bertahlul.Setiap kali tamat mengerjakan umrah , nikmat kemenangan dapat dirasakan.


Kami semasa berada di dalam masjid. Secara kebetulan bertemu dengan sahabat Roshita untuk menunaikan solat zohor.Keadaan yang sesak dengan umat Islam dari serata negara.


Kami dari sekolah yang sama, sedang menanti untuk berangkat ke Madinah setelah 10 hari berada di Makkah.Alhamdullillah persahabatan kami tetap erat walaupun ketika berada di sana. Cikgu Roshita dan Cikgu Nan Aini.

Secara tidak sengaja suami telah terjumpa dengan jemaah kami , dari Ampang Jaya iaitu DJ terkenal Khairil Rashid dari radio Sinar FM.Walaupun selebriti sering sibuk dengan dunia hiburan namun beliau tidak lupa tanggungjawab dalam ibadah dan merupakan salah seorang jemaah surau Ampang Jaya.

Gambar kami rakamkan di Masjid Terapung di Jeddah.Laut Merah mengelilingi masjid tersebut.Jeddah merupakan tanah halal. Di sini boleh kita lihat kehidupan seperti di Kuala Lumpur. Terdiri daripada pelbagai bangsa dan fesyen pakaian. Kotanya terkenal sebagai kota antarabangsa.

Gambar ini ialah di Jabar Rahmah.Insyaalah jika sesiapa yang ingin memohon jodoh, digalakkan berdoa di sini.


Gambar di bawah adalah sekita Masjid Nabawi.
Kami menginap di FAYROZ hotel. Hanya 5 minit perjalanan ke Masjid Nabawi.Madinah merupakan tanah haram yang sudah membangun. Hotel penginapan gaya 5 bintang.Masjid dikelilingi hotel serta kompleks membeli belah. Tempat membeli-belah yang murah dan lebih baik ialah di Madinah.Taiba merupakan kompleks membeli belah yang terbesar di kawasa Madinah. Pasar raya yang terkenal BIN DAWOOD boleh didapati di Makkah dan Madinah.Canggihnya pasar raya ini menerima bayaran kredit card.Oleh itu jangan tinggal kad di Malaysia,manalah tau sesak-sesak 'swap' aje le.



Beginilah keadaan ketika hendak membungkus botol-botol zam- zam.Bayaran bagi pembungkusan ialah 5 Rial sebotol. Oleh itu , jangan selesaikan duit rial semasa membeli belah.Simpan-simpan sikit untuk bekalan pulang.

Kami selamat pulang pada 14 Jun 2009, jam 7.00 malam tiba di rumah.Alhamdullillah segalanya selamat.Doa saya di sana khas untuk keluarga , sahabat- sahabat di SEMINDA serta kejayaan para pelajar yang saya sayangi...AMIN.

4 comments:

ain 4sk said...

Alhamdulillah ckgu slamat pergi dan selamat pulang. semuga hidup ckgu dan keluarga lebih tenang dan diberkati.

azieramly said...

terima kasih.

Anonymous said...

waiting for next post

MOFKK said...

Seronok dapat melakukan umrah & haji


 
Dear Diary Blogger Template