Friday, April 17, 2009

PERTANDINGAN TEATER KOMSAS DAERAH GOMBAK

Persatuan Bahasa Melayu mewakili SEMINDA telah menyertai teater komsas daerah Gombak di SMK SRI SELAYANG.Sebelum pertandingan banyak pihak yang cuba mengelak diri untuk memikul tanggungjawab dalam menyertai pertandingan teater komsas ini. Maka saya dengan sokongan yang kuat dari rakan seperjuangan memberanikan diri untuk menyertai pertandingan ini.Buat pertama kali SEMINDA menyertai teater komsas Bahasa Melayu, setelah 10 tahun usia SEMINDA.Pada 16 April 2009 pertandingan teater komsas Daerah Gombak dilaksanakan.


Sebanyak tujuh buah sekolah yang menyertai pertandingan ini.Tajuk teater komsas kami ialah Penunggu Pusaka. Perkara yang paling mengejutkan ialah sebanyak tiga buah sekolah yang telah memilih tajuk yang sama.Perasaan ralat kami kepada pihak penganjur kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada kami.Oleh kerana tiga buah sekolah yang sama persembahan ,
sudah tentu terdapat banyak perbandingan yang boleh dilakukan oleh pihak hakim.




SMK GOMBAK SETIA (JOHAN)




PELAKON LELAKI TERBAIK MOHSIN(SMK GOMBAK SETIA)



Johan bagi pertandingan teater komsas peringkat Daerah Gombak ialah SMK GOMBAK SETIA.Kedudukan SEMINDA ialah tempat ke empat, hanya kehilangan 2 mata untuk menduduki tempat ketiga.Itu dinamakan tiada rezeki. Namun kami telah mendapat sinografi terbaik. Mengikut Buku Panduan Teater , Hadiah bagi sinografi terbaik akan menerima ganjaran RM 100.00 bagi Daerah Gombak. Kejayaan itu telah cukup membuatkan kami gembira dan terasa hilang penat selama dua minggu berturut-turut berlatih pada waktu petang.



Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelakon-pelakon, semua krew serta guru-guru yang telah melibatkan diri secara langsung maupun tidak langsung.

KETIKA KAMI MENANTIKAN KEPUTUSAN



SINOGRAFI TERBAIK(SEMINDA)

SEMASA PERSEDIAAN SET





4 comments:

wawabescoot said...

Gombak?????
hyee budak gombak!
hahaha :PP

Fera Zaemri said...

gmbar saye xde ke cikgu.sdeysdey:(
hahahahahahahha:p
apeape pown,ari nii best gilee!!

Ejah Khalid said...

ckgu...buka blog saya ada gambar keliling dunia kehkehkeh.gambar lain pun ada tapi saya x upload lagi hehe -khadijah

gadis parsi(GJ) said...

hye .. xsgke ade picx kumpulan sy kt cni .. sesgguhnye rindu kumpulan keluarga teater SMK GOMBAK SETIA .. sesgguhnye kenangan kita xkn pernah iera lupekn .. thankz ..


 
Dear Diary Blogger Template