Pembelajaran koperatif menjadi pilihan saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah.Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan akan mengumpul markah sepanjang aktiviti.Aktiviti tersebut ialah persembahan power point mengikut tajuk, kuiz kumpulan secara lisan , kuiz secara bertulis serta markah juga diberi semasa menjawab soalan-soalan berdasarkan tajuk secara spontan.Markah juga dikumpul melalui purata markah ujian 1 dalam kumpulan.Kemuncak kepada pembelajaran sudah tentu ada ganjaran. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang tinggi akan menerima ganjaran tersebut.Ganjaran adalah sebagai penghargaan serta suntikan semangat kepada para pelajar agar terus berusaha serta menanamkan minat terhadap mata pelajaran ini.Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan didapati para pelajar memberi kerjasama yang amat baik serta sentiasa berusaha untuk menuju puncak kejayaan.
KELAS 5 SC 1 YANG BERJAYA IALAH KUMPULAN MARZUQI.

Permainan baru diteruskan bermula 29 Mac dan diakhiri pada peperiksaan pertengahan. Ahli-ahli setiap kumpulan diharapkan akan meneruskan perjuangan.
PEMENANG BAGI KELAS 5AK2 MASIH DALAM KIRAAN MARKAH....
Tunggguuuuu....uuuuu!!!!!

2 comments:
k.fatin aqilah muka BERBULU jee..
haha.. :DD
yeh2..kiteorg menang..
haha..muka sume muka poyo..haha
Post a Comment