Sunday, February 22, 2009

SUKANTARA

Sepanjang minggu lepas, aktiviti sukantara sekolah diadakan.Pada kali ini keadaan tidaklah huru hara sangat kerana telah dibahagikan kelas dgn acara yang tertentu.Oleh itu tidaklah semua pelajar turun ke padang tanpa arah tujuan.Bahang sukan yang akan diadakan minggu depan telah terasa.Rumah Mutiara kini dalam versi baru kerana guru baru yang memimpin acara perbarisan. Kali ini saya tidak sempat nak menjenguk budak-budak perbarisan tu.Maklumlah sibuk dengan pendaftaran SPM.Insyaalah minggu depan saya akan cuba luangkan masa untuk menjengah pasukan itu.

Latihan rumah bagi rumah Mutiara dilaksanakan pada hari Khamis yang lalu. Ahli-ahli rumah bukannya ramai yang datang. Guru yang datang untuk latihan ramai tetapi peserta untuk dipilih bagi acara tiada.Pelajar-pelajar di bawah 18 perempuan , hanya 2 hingga 3 orang yang datang.Itu pun sebab pegang jawatan pen. pengerusi.Lelaki bawah 18 pula ada lebih kurang 4 orang.Acara banyak, macam mana nak masukkan nama?Inilah fenomena yang sudah bertahun-tahun kami lalui.Tiada semangat kesukanan langsung.Teringat saya semasa di sekolah, kami berebut-rebut nak masuk acara,cuma tak terpilih pulak.Faktornya dah banyak pilihan....he..he...
:mHaha:

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template