Saturday, February 7, 2009

MENARA KUALA LUMPUR

h






Restoran Seri Angkasa terletak di Menara Kuala Lumpur. Saya dan keluarga telah ke sana untuk meraikan hari lahir anak saudara perempuan dan sekaligus meraikan juga hari lahir anak yang kedua.Saya sebenarnya telah menempah untuk menjamu selera di Restoran Seri Melayu di jalan Conlay.Semasa kami tiba di sana,ada majlis perkahwinan,dan tidak dibuka untuk `public'.Apalagi panas hati pada mulanya,tetapi dijelaskan tempahan yg telah saya buat sebenarnya ialah di Menara Kuala Lumpur. Saya pula pada waktu itu tidak pula bertanya tentang kedudukan restoran tersebut.Restoran yang sama tetapi cawangan di Menara KL.Untuk elak daripada malu dgn ahli keluarga,maka secara tidak langsung merasalah kami ke Menara KL.

Tiba di sana bukan restoran sahaja yang menjadi tarikan,tetapi terdapat pameran binatang, ruang `Winter Park' ,ruang beli belah serta pameran lukisan.Kehadiran di restoran itu sungguh meriah dengan warga Malaysia.Malah tidak kurang pula dengan pelancong dari luar negara.

Makanannya pula emm...sudah tentu enak sekali. Makanan barat, makanan tempatan, serta desert yang manis-manis belaka.Penutup selera dengan minum kopi.Menjamu selera sambil berbual tidak perasan masa bergerak begitu pantas. Kami bertolak pulang pada pukul 5.30 petang.Pengalaman yg tidak dapat dilupa ialah pening kepala kerana restoran itu berputar, telinga berdengung dalam lif dan bergegar.Ini adalah kerana kedudukannya tinggi....
:mHihi:

5 comments:

Dba Ghani said...

oh no!
whre my pic?!!
aiseh!!
isk!!
jeles2!!
erm...
well...
tinggi nmpk org view..
hehee

TeVaN said...

eh..
menara kl..waah..
wlaupun dkat x perna g lg..
hehehe..:)

Marzuqi said...

wah KL tower...
dah lame x naek...
mesti best...
:D

shhnz said...

wah..bestnyew..
shahnaz gie sini 2 taun lps..mase tu birthday adik..tp sebelum naik lif tu lawa kan siling die..kat restoran tu pown makanan die boleh tahan..especially part makanan jepun..ikan salmon yg sgt sedap..haha..igt lg mase tu ade mat salleh pakai kain pelikat..happy betul die tu..
wah!!!sorry,membebel lak..hah

♣Si Kuman♣ said...

cikgu! ini kali pertama saya komen cikgu.hehehhe.
menara k.lumpur?
mesti best.
cikgu x rase nk muntah ke?
kalo saye dh lame muntah.
kat situ jgk.
hahahaha.
trima kaseh ckgu krana komen pd blog saye.
tp lain kali ckgu jgn tersasul lg.


 
Dear Diary Blogger Template